Hai salam ceria semua pembaca blog miss Risna.. today nk share sikit satu story yg miss Risna ambik dari page ( rahsia kecantikan wanita ) ha ilham ni dari sorg lelaki tau! ape yg menariknye?? ha cuba baca dulu ye....
Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran
giler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek
tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak
bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.
waaa... mana isteri ku..??
Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama
isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan
mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi
tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi
berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas
melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.
fuuu.. lega..
“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya
ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil
meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku,
semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri
rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg
sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya kadang-kadang
merungut kepenatan..
lelaki tu pun
berfikir...
Kalau madam takde kat umah, alangkah
tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan
TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But
hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak
trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the
kitchen for help, no ne to komen this and that, no one to criticize. Everything
will be smooth…
hahaha... takde yg nak marah ku...
Tp masuk hari ketige, I felt something
missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la
mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up.
Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...
Apabila
rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi
tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel
jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da
makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah
berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok
ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.
Jangan kata sebulan atau setahun, belum
seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah
sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri…
So guys out there.. jgn buli isteri
kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every
weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini
kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia
masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup ?
ingat balik.
.And furthermore, kan sama2 kerja carik
rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak
ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng
duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik
pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik
seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be
meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!
SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA
MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU.. HARGAI MEREKA!!!!!
“
Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau
mengilai seperti Pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat
di hati kita selagi hayat di kandung badan”
YEAH .. WANITA ADALAH ISTIMEWA .. HEHE .. BEBEL CAMNE PUN .. SYGGG .. KAN KAK KAN .. HEHE
ReplyDeleteyup.....betul tu......
ReplyDelete